Monday, November 16, 2009

Tukang Gunting + pelajar Iran



sungguh tenang hari ini, tidak perlu tergesa-gesa untuk pergi kerja seperti biasa. almaklumlah ada agenda lain yang perlu diutamakan. setelah menyelesaikan tugas (dlm berapa minit sahaja+tanpa memerlukan tenaga yang banyak pun, kira2 5Joule sahaja, haha) ak terus pulang. Nampaknya langit seakan berduka lara, mendung berlabuh sepi (wow!), telah membuatkan ak untuk menggunting rambut. Vrooommm!..JGV 7511 terus ditunggang ke tempat kejadian. "ooo..satu orang je, xpa la tunggu sekejap.." detik hatiku. kemudiannya ak didatangi seorang pakcik yang rasa2 macam dia nak gunting rambut juga, terus dia mengambil akhbar dan duduk di sebelah ak. "tak balik?" soal pakcik tu. selaku insan yang penuh berbudi bahasa dan bersopan santun ak pun menjawab soalan tersebut. kemudian, pakcik tu bertanya..bertanya..dan bertanya lagi...mungkin ak menjawab dengan gelak tawa menyebabkan pakcik tu selesa dgn perbualan yang di ucapkan (hahaha).ak rasa pakcik tu belek2 akhbar tapi x baca, seakan cuba berfikir soalan apa yang lg yg dia nak tanya ak..(huhu, jahat sungguh ak) kemudian, tibalah turn ak untuk menggunting, rupanya pelanggan yang sebelum ini merupakan pelajar iran. meluat betul tgk gelagat iran tu selepas rambutnya digunting, seakan2 tidak berpuas hati akan hasilnya, terus dia mencapai gunting dan gunting sendiri, spray2 rambut...weakkkk!!!seperti biasa la, ak suka menginterpretasi pergerakan orang lain, "isk..mengada-ngada, ingat kau tu hensem sangat kah?, buat apa sekalipun rambut kau tatap mcm tu pun, hahaha". ikuti perbualan pelajar iran (pi) itu dengan si tukang gunting (stg) sebelum meninggalkan kedai bewarna pink;

pi: where can i buy this? (sambil menunjukkan pada mata pisau pencukur)
stg: er..er..here, sini, no, beside (sambil menunjukkan arah kedai kat sebelah)
pi: where should i go?
stg: terus..left...er...er...

(ak mcm nak terketawa, tergelak besar, apb mendengar stg menjawab, paham ke bahasa melayu????rasa2 mcm nak membantu, tapi xpa la, ak nk tgk reaksi seterusnya, ak terus duduk diam2 di bangku gunting tsbt)

pi: ok, thank you (sambil menuju kearah pintu), so the shop is close (menunjukkan arah kedai sebelah)
stg: mmmmm...mmmmm (tak tercapai akalmu-oleh elyana, diam sahaja, ada menunjukkan reaksi2 blurrr..)
pi: when the shop is open? tommorow? 8 am?
stg: mmmm...

(ak pun terus membantu stg gunting tersebut menjawab pertanyaan pi tersebut, class..!)

masa ak nak bayar, stg tu pun ckp, xpa la, RM 3 je...huhu...(adakah kerana ak membantunya m'sbbkan harga dikurangkan?)

nota kaki:
*peniaga2 perlu pandai ckp BI, selain YES, NO, atau OK
*jahat betul ak sbb kelihatan ketawa sinis apabila perkataan "terus" keluar dr mulut stg
*pi mmg suka tanya, wlpn benda itu boleh difikir secara logik akal


No comments: