Saturday, April 30, 2011

Kate Middleton along with "gaga"

mmmm..
pagi yang hening kini cerah..

dah habis ke dok bebel pasal royal wedding tuuu?
semlm.. ak pn tgk la jugak kat tv..
kepo punya pasal.. ahaha
nasib baik .. bgn je dr zzzzz..
masa tu kira prime time la..
x la tgk diorg bebel2.. (tapi will n kate muncul2)

apa yg best selain kebotakan will???
teruk betul la.. lantak la dia nk botak ke??
ishhh...
ok ni lg menarik drpd korang dok sibuk
gosip segala pasal rambut will
kate middleton pakai gaun putih..
biasanya makcik2 sibuk.. nk tgk gaun segala tu..
cantik ke tak? padan ke tak??
eiiii... mesti la cantik.. !!
kalu x mesti pereka tu dh kiokk..

ada apa dgn gaun kate.. jeng3x

workers washed their hands every 30 minutes
to keep the lace and threads pristine,
the needles were renewed every three hours,
to keep them sharp and clean.

wth!! jom usha2 gambar lindsay lohan..
eh silappp.. (*sengaja).. kate middleton..
muka seakan kembar siam.. ahha!



ehh! kejap.. part paling kewll...
i actually not 100% focus on kate..
but the ladies who wore fancy hats.. or i can say.. eccentric hats!

jom skodeng!

Saturday, April 23, 2011

transformer di jln skudai~~


sadis kan... kalu hari sabtu hari bkerja..
mm.. patutnya.. hari ini boleh la..
menguap.. sangap... menggeliat.. jalan lambat2 ke toilet...
tgk2 bgunan dr tingkat 5 sambil berangan sakan...
ahahha..

okayy.. apa-apa ja..
oh ya.. bbrpa hari lps..
tlh ternmpk satu kereta yg howttttt..
ak igt ianya transformer..
rupanya ak tertipu...
itu hanyalah khayalan michael bay.. +.+
apa gna hp yg canggih manggih..
jika x dgunakan.. ahahah


Thursday, April 21, 2011

jom sorak!





uishh.. lupa..
mcm mana blh lupa..
weekend lps.. ak attend .. on behalf utk Dr M..
ke mana?
Majlis Anugerah Sukan UTM..
ala2 ABPBH la.. tp versi sukan..
ahha!

nak parking.. punya la kejadah!
byk jugak la manusia yg x "berlesen"
betul2 bt ak amarah.. ahha!
tp ak tetap kewl.. kewl.. ahha!

ak hingat ak dh lewat.. mmm.. kejadah.
byk lg yg lewat!! grrr..!! ak dok la tercongok kat pintu..
urusetia ckp ak kna jln dgn vip .. X . X
bla.. blaaa...

ak menyempat video kn persembhan mlm tu...
diorg ni bdak skolah.. smk bbu! wow..haha
i can't video it all la.. ak kan vip.. segan la..
ahha!

Monday, April 18, 2011

lepak-ing~~

eh.. rsanya.. dh 2 hjg minggu takk..
takk..
takk..
lepak..
erkkkk..
tapi ni lepak bkn sekadar lepak..ye
lepak versi baik ye.. those who read this blog don't take it -vely..
ahha!


tapi..
tapi.... kalu dah 4-5 pg..
pakcik dah x larat dah nk bckp+ bergelak..
ak sdg mbayangkan katil ku yg empuk itu..
ahha!
mcm pic bwh ni..

zzzzz+kuyu~

Monday, April 11, 2011

4 in 1 dah selesai

4 dalam satu dah selesai..
ini bkn iklan syampu etc..
sila beri tepukan kpd ak!
eh.. jap.. jap..
sila bgn + beri tepukan...
eh jap... jap..
bangun+ tepukan + jerit "razi hebat!"
ahha!

terbebas satu beban di kepala..
punya la penat..
semlm ak punya la cuak..
smua dah tunggu kat pagar dari jam 8.00 pagi..
kalu vvip tu x muncul..
mesti ak "terkorban" di tempat kejadian..

sebabnya..
ak yg confirmkn dgn setiausaha T. Menteri tu..
tepat jam 8.35 pg .. satu kereta dgn lajunya..
berhenti dpn pagar...
oh.. dia sampai jua akhirnya..
; )

jadi S/U mmg best!
tapi AJK yg baru ni rasanya lg terbaikkk.
ehh.. bkn nk ckp ajk lepas x bagus segala..
ada je yg terbaikkk + tabik spring! toing toing!
.. tapi ada je choiii!!!

p/s: ak x sihat... tp ak xnk amik cuti.. baguskan?

Thursday, April 7, 2011

mari sama-sama ucap selamat datang!

selamat datang..
welcome..
kangei..
Huānyíng..
grata..
welkom..

haha..
ucapan ini bkn ditujukan kpd "vvip" akan dtg ni ye..
jgn perasan!
:)

ini ditujukan kpd sahabat ak..
yg menemani dimana jua berada..
yg menolong menyelesaikan beban kerja segala..
siapa lagi.. kalau bukan.. tadaaaaa!


maka org kuning gemok bodyguard ak la kan!!
ahha!

dah 1 week ak guna.. ok la not bad..
tapi choiii !! kejadah!! bila dia tukar polisi.. 2 hari lepas...
kena byr sekelepuk... ciss!!! rabak poket ak nih,..
tp dipikirin byk kali.. adalah berbaloi..
maka ak ckp kat tokey...
"lepas ni.. jgn gedik2 nk sekat segala line!..
krn kesekatan itu msbbkn byk kerja ter'kiv'!!...
ada PAHAM!!! .. kalau paham angukkan kepala!!"
....
itu lah babak yang berlaku semalam..
percaya tak?

Sunday, April 3, 2011

jangan minum di kluang rail coffee



bukak je email..
bca keratan akhbar ni.. alamak!

KLUANG - Jabatan Agama Negeri Johor (JAJ) mengadakan operasi penyamakan di tiga cawangan Kluang Rail Coffee berikutan serbuk kopi yang disediakan di kedai berkenaan disahkan mengandungi gelatin babi seperti yang dilaporkan Sabtu lalu.

Kedai kopi Kluang Rail Coffee yang sudah beroperasi sejak 1938 mempunyai empat cawangan di Johor iaitu tiga cawangan terletak di Kluang iaitu di Jalan Tasek, Jalan Station Keretapi dan Jalan Manggis manakala, di Johor Bahru terletak di Plaza Kotaraya.

Dalam pada itu, JAJ juga akan mengadakan operasi penyamakan di cawangan kedai kopi berkenaan yang terletak di Plaza Kotaraya pada malam ini.

Operasi penyamakan ini juga turut disertai oleh Majlis Perbandaran Kluang (MPK) dan Pejabat Kesihatan Daerah Kluang bagi membantu untuk melakukan proses penyamakan terhadap kedai kopi berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, operasi menyamak yang dilakukan oleh JAJ ini merupakan prosedur biasa yang perlu dijalankan oleh pihak yang memohon sijil halal daripada JAJ.

“Ia adalah prosedur biasa kerana kita sedang menimbang permohonan sijil halal daripada pihak Kluang Rail Coffee berikutan mereka baru mengajukan permohonan tersebut. Walaupun serbuk kopi yang dihidangkan oleh mereka disahkan mengandungi unsur tidak halal, JAJ tiada kuasa mengarahkan mereka untuk tutup perniagaan.

“JAJ hanya menyatakan kedudukan sebenar kepada pengguna dan terpulang kepada masyarakat untuk memilih. Makluman sudah diberi, namun kami tidak boleh menghalang pengguna daripada terus mengunjungi premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sebelum ini, JAJ telah melakukan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai dan telah mengesahkan bahawa serbuk kopi berkenaan mengandungi gelatin babi.

Zainal Abidin berkata, sampel serbuk kopi dari premis itu diambil untuk dianalisis Jabatan Kimia Johor dan hasilnya, ia positif gelatin babi.

“Semua itu dilakukan selepas kami mendapat banyak aduan daripada orang ramai. Pemeriksaan dijalankan baru-baru ini oleh JAJ serta Jabatan Kesihatan Negeri Johor.

“Pihaknya tidak boleh mengambil tindakan lebih tegas terhadap pengusaha kedai kopi terbabit melainkan menasihati peniaga berkenaan supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal dan saya juga menyeru supaya pelanggan beragama Islam supaya lebih berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, dan pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal yang dikeluarkan JAJ,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kluang Rail Coffee, Barnabas Lim berkata, beliau mengakui pihaknya baru memohon mendapatkan persijilan halal pada awal tahun ini.

“Oleh itu saya amat terkejut apabila berita tersebar mengatakan serbuk kopi keluaran kami mengandungi gelatin babi. Sejujurnya kami tidak tahu-menahu tentang ini (gelatin babi).

“Hakikatnya, kami amat mementingkan ketelusan dan menjaga sensitiviti orang ramai apatah lagi 80 peratus pelanggan utama kami adalah terdiri daripada orang Islam dan kita juga amat sensitif terhadap isu yang berlaku ini.

“Kita tidak begitu bodoh untuk menjatuhkan perniagaan yang sudah wujud sejak 73 tahun lalu dengan begini saja. Bagaimanapun pelanggan yang masih was-was boleh memulangkan sebuk kopi yang sudah dibeli dan kami akan membayar balik wang mereka,” katanya.


*tq hj taqy for sharing this info

Friday, April 1, 2011

hari yg choiii!!

choiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!! betui hari ini..!!
grrrrr..

p/s: tapi masih terkawal..