Monday, March 15, 2010

Lee Chong Wei Juara


Malam tadi, kejayaan manis telah dicatatkan oleh pemain badminton Malaysia dalam kejohanan berprestij iaitu All England di Birmingham semalam. Aku pasti student2 Malaysia yg menuntut di sana pasti x melepaskan peluang menghadirkan diri memberi sokongan padu. Kemenangan Chong Wei adalah satu detik manis kerana berjaya memahatkan nama negara pada kejohanan yang menyambut ulang tahunnya yang ke -100.

Chong Wei seorang pemain yang amat luar biasa serta begitu konsisten kerana tidak ramai yang boleh memenangi tiga kejuaraan berturut-turut. Dia muncul juara di Terbuka Korea, kemudian Malaysia dan kini All England. Chong Wei tetap tidak diberi laluan mudah oleh Kenichi Tago pada misi terakhirnya apabila dipaksa berhempas pulas oleh pemain muda Jepun itu sebelum menang 21-19, 21-19.

Sekalung tahniah juga diucapkan pada jurulatih badminton negara Misbun Sidek kerana telah berjaya melatih pemain-pemain Malaysia sehingga berjaya di peringkat global.

4 comments:

deus X machina said...

Tinggal Olimpik je Chong Wei belum menang lagi
Terbaik Chong Wei!!!

frazi said...

deus: oh yeah..terbaek sehh!

atreyu strange said...

yeay! tahniah Datuk LCW! ni baru sportman done right! maintain oke!

frazi said...

jen: kerajaan pasti bg ganjaran berjuta jota lemon pd LCW nih...wow...pakcik kayo lah jwbnya..

(sempt me"reply" sguhpn tgh writing paper!)