Wednesday, March 10, 2010

Mengapa Avatar Kalah dI Anugerah Oscar dan Ah Meng sedih?



agaknya semua sudah ketahuan, bahawa Isnin lepas telah berlangsungnya Anugerah Oscar, satu event yang dinantikan oleh penggiat2 filem Eropah dan tak lupa juga peminat2 filem di seluruh dunia (termasuk Malaysia). Filem2 yang dicalonkan merupakan satu kebanggaan bukan sahaja kepada produksinya, tetapi juga kepada peminat industri filem dan juga peminat kepada pelakon-pelakon yang terlibat.

sudah terang lagi nyata, event yang penuh berprestij itu disaksikan secara terus menerus (live) dikebanyakkan negara (kecuali malaysia..hee) yang memakan masa hampir 4 jam. keputusan telah dibuat, Film of the year goes to THE HURT LOCKER (ak pun x tgk lagi filem ni..hee)

Filem The Hurt Locker yang diarahkan Kathryn Bigelow menewaskan Avatar arahan bekas suaminya, James Cameron untuk muncul sebagai filem terbaik Anugerah Academy Ke-82 yang diadakan pada Ahad lalu di Kodak Theater, Hollywood. Nampaknya mereka ini, saling cuba mengatasi antara satu sama lain yep..alangkah hebatnya, jika kedua-dua mereka tak bercerai, pasti filem diorang ni KEBABOOMMM! KEBABUSSS!!

Filem The Hurt Locker mendapat kutipan sebanyak AS$14.7 juta (RM49.1 juta) di Amerika Syarikat berbanding Avatar yang mengisahkan kehidupan makhluk asing mendapat kutipan AS$710.6 juta (RM2.4 bilion). SUNGGUH BERBEDA MACAM LANNGIT DAN BUMI!

FAKTOR-FAKTOR KEMENANGAN IALAH:

-Kebanyakan pengundi-pengundi Oscar tidak mementingkan kutipan box-office sesebuah filem yang dicalonkan untuk kategori filem terbaik
- Secara faktanya, pengundi-pengundi Oscar kerap dituduh menjadi terlalu elit, mengutamakan filem-filem bebas berbanding filem besar yang diminati ramai orang
- pengarah filem The Hurt Locker ialah seorang wanita. Bigelow ialah seorang yang pakar dalam membikin filem-filem yang tidak bercirikan kewanitaan
-Sistem baru memilih pemenang turut menyumbangkan kemenangan The Hurt Locker.
-The Hurt Locker ialah sebuah filem yang amat bagus. Tengoklah semua anugerah yang dimenanginya seperti lakon layar dan suntingan bunyi. Kualiti itu telah BERJAYA mempengaruhi sejumlah profesional di dalam industri yang membuat undian.

Nota jari:
* Ah Meng nama samaran, tidak terlibat dgn ini cerita..hee...dan tiada juga kaitan antara yang hidup ataupun kiok!

5 comments:

aurikelsan said...

aku pn xtgk lg The HurtbLocker..but avatar still win some other awards kan???

atreyu strange said...

pengundi bagi can dkat pompuan sbb aritu international women's day! hahaha!

but seriously, she's a great person. the movie deserves the win.

frazi said...

surya: aah, da mng bbrp anugerah lain..tap bkn yg utama la...hee

jen: mungkin! sbb biasa pengarah prempuan buat filem cam cintan2 segala la...tp dia ni buat filem yg serius, ganas dan perang2 segala..

zhoprenia said...

wah..macam bes jer movie hurt locker. ada tayangan ke kat msia?

frazi said...

zhoprenia: mmm, rasanya xda lg..tp dvd kat kedai yg cetak rompak ada..hee...