Monday, December 31, 2012

How Maybank2u has served me







Mesra Pengguna
Maybank2u mempunyai tiga ciri yang penting. Yang pertama ialah laman web yang cepat dipaparkan. Ini bermaksud kepantasan page load sesebuah laman web. Saya tidak perlu menunggu dengan masa yang lama. Yang kedua ialah navigasi. Maybank2u memaparkan butang navigasi yang mudah dan kemas. Yang ketiga ialah informasi. Maybank2u menawarkan informasi yang diharapkan oleh pengguna.



Selamat!
Selain memastikan username dan kata laluan adalah betul, Maybank2u juga memperkukuhkan sistem keselamatan bagi penggunanya. Ini dapat dilihat semasa proses log in, dimana pengguna perlu memastikan security image dan caption yang dipaparkan adalah betul.



Mudah untuk pembayaran bil
Terdapat 600 buah syarikat yang berdaftar dengan Maybank2u. Pada tiap-tiap bulan saya menggunakan khidmat Maybank2u untuk pembayaran bil telefon bimbit (Maxis) dan broadband (Celcom). Selain itu, saya juga membuat pembayaran cukai MPJBT dan pembayaran bagi sistem pembentungan Indah Water dengan mudah melalui Maybank2u. Saya tidak perlu bersesak-sesak dan beratur panjang bagi menjelaskan semua bil-bil tersebut. Ini amat menjimatkan masa saya! 


Cukai (LHDN)
Sebagai penjawat awam, saya perlu menjelaskan cukai. Walaubagaimanapun, urusan pembayaran cukai tersebut tidak membebankan kerana ianya dapat dilakukan dengan mudah melalui butang  Make an income tax payment di Maybank2u.


Pemindahan Wang (Transfer)
Pemindahan wang antara akaun Maybank sendiri kepada akaun Maybank orang lain, atau ke akaun Bank-Bank yang lain dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.



Pelaburan (Investments)
Saya juga tidak perlu ke pejabat pos atau ke bank bagi urusan ASNB. Ini adalah kerana, segala urusan pelaburan ASNB Unit Trust dapat dilakukan dengan hanya melayari Maybank2u sahaja. 



Insurans Etiqa
Saya membeli dan memperbaharui insurans kereta saya melalui eMotor Takaful di Maybank2u. Hanya dengan klik sahaja urusan dapat diselesaikan. Ada potongan *10% lagi! Pada keesokan harinya cukai jalan akan sampai di hadapan pintu rumah. Mudahkan?



Top up prepaid telefon bimbit dan Internet prepaid
Saya juga menggunakan servis broadband YES dimana proses menambah nilai internet prepaid dapat dilakukan dengan beberapa minit sahaja dengan Maybank2u.



Maklumat Akaun
Melalui Maybank2u, saya dapat menyemak transaksi pemindahan/penerimaan wang ke dalam akaun saya dengan mudah dan tepat. Butang-butang seperti  M2U History, Today's Transaction dan Transaction History amat penting dan sangat membantu!




Groupon @ Maybank2u
Pembelian kupon Groupon juga boleh dilakukan melalui Maybank2u. Saya dapat membelinya dengan harga yang lebih murah atau dengan 'M2U PRICE'.


Superbuy @ Maybank2u
Pembeli yang suka membeli barang secara atas talian (online) di Superbuy seperti saya, akan dapat menikmati harga yang lebih murah jika pembelian dilakukan dengan Maybank2u.



Pelbagai Peraduan
Maybank2u senantiasa menganjurkan pelbagai peraduan dan peserta-peserta dapat menyemak status keputusan bagi setiap peraduan yang disertai dengan mudah.


Khidmat Pelanggan
Saya tidak perlu risau jika menghadapi masalah semasa melayari Maybank2u. Ini adalah kerana segala permasalahan, pertanyaan boleh terus dilakukan dengan menghubungi nombor yang tertera pada butang Customer Service pada bila-bila masa termasuk cuti umum! Cadangan dan maklum balas terhadap Maybank2u juga amat dialu-alukan.




Mata Ganjaran (Treat Points)
Setelah mengumpul mata ganjaran setiap kali melakukan transaksi, saya juga boleh menyemak jumlah mata ganjaran yang telah diperolehi dengan mudah dan seterusnya dapat menebus mata ganjaran tersebut dengan hadiah-hadiah yang menarik!

Maybank2u App contest 

Maybank2u banyak membantu saya di dalam urusan seharian, jika anda belum mempunyai Akaun Maybank2u, apa lagi perlu ditunggu? Aktifkan Maybank2u anda sekarang!



1 comment:

Nisa said...

Mak aih. Cikgu ni macam advertise maybank je.