Saturday, April 17, 2010

Achik Spin Maut ditempat kejadian


Lagi berita yang menyedihkan, terutama bagi peminat kumpulan Spin. Artis yang popular dengan lagu Bola-bola api duet bersama Siti Nordiana, juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih mudah dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini petang ini.

Allahyarham, yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan terbakar, mati ditempat di tempat kejadian. Polis dan anggota bomba masih lagi berada di lokasi nahas dan difahamkan mayat Allahyarham akan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini malam ini.

Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Polis (ASP) Abd. Halil Abd. Hamzah mengesahkan kejadian tersebut. Diharapkan keluarga Allahyarham bersabar dan menerima segala yang datang dengan tabah. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham.

2 comments:

Cheese Monster said...

o0o. kat tanjung malim, around 4pm ada juga kes terbakar. lori. kat highway.

al fatihah.

frazi said...

hbz: oh..ini kecuaian dri sendiri kah?